Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Gempa Bumi Gegar Jepun

Gambar: MetMalaysia

Satu gegaran gempa bumi sederhana dikesan berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada 12.36 pagi sebentar tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut jabatan itu, pusat gempa bumi bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher tersebut terletak di 27.0 darjah utara dan 126.7 darjah timur.

Ia juga berlaku dengan kedalaman 10 kilometer dalam serta berjarak sejauh 132 kilometer arah barat laut dari Naha, Jepun.

Bagaimanapun jelas jabatan tersebut, tiada sebarang ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada negara buat masa ini.

Sumber: METMalaysia