Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Gempa Bumi ‘Goncang’ Mindoro, Filipina Sebentar Tadi

Gambar via MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui ciapan terbaru di laman Twitter rasmi sebentar tadi memaklumkan satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 skala Ritcher dikesan berlaku di Mindoro, Filipina pada jam 5:12 petang,

Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 13.6 Utara dan 120.6 Timur, kira-kira 63 kilometer (km) Barat Daya dari Bandar Batangas, Filipina.

Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 155 km.

Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Terdahulu, Indonesia digegarkan dengan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 skala Ritcher di Selatan Jawa, Indonesia yang berlaku pada jam 1:46 petang.

Sumber: MetMalaysia