Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Gempa Bumi Kuat ‘Gegar’ Perairan New Zealand

Sumber: MetMalaysia

Satu gegaran gempa bumi kuat dikesan berlaku di Kepulauan Kermadec, New Zealand pada pukul 8:52 malam tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut jabatan itu, pusat gempa bumi bermagnitud 6.2 pada skala Ritcher tersebut terletak di 30.1 darjah Selatan dan 177.0 darjah Barat.

Difahamkan, ia berlaku pada jarak 1,048 kilometer Timur Laut dari Tauranga, New Zealand dengan berkedalaman 89 kilometer.

Bagaimanapun, tiada sebarang ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia