Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Hanya Tinggal 77 Kes Aktif Termasuk 5 Kes Baharu Hari Ini Libatkan 4 Warganegara Malaysia

Gambar:BERNAMA

Sebanyak 5 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,663 kes setakat Ahad (5 Julai 2020), jam 12 tengahari.

Iklan

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 77 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Daripada 5 kes baharu dilaporkan, tiga kes adalah kes import manakala dua kes merupakan kes tempatan di mana empat warganegara dan satu bukan warganegara terlibat.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 di negara ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia