Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Kekal Tiada Kes Kematian & Hanya 6 Kes Positif Baharu Hari Ini

Foto: KKM

Sehingga 24 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 6 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,596 kes.

Iklan

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 244 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Perkara ini disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media perkembangan status Covid-19 di Malaysia.

Ingin dimaklumkan daripada 6 kes baharu yang dilaporkan, 2 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 1 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Turut dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sumber: Sidang Media KKM