Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 2,195, Sarawak Dan Selangor Antara Tertinggi

Gambar: Bernama

Putrajaya, 18 April – Sebanyak 2,195 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 375,054.

Menurut KKM, Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 508 kes, diikuti Selangor (431), Johor (387) dan Kelantan (332).

Sementara itu, negeri dan wilayah yang mencatatkan kes terendah ialah Perlis (3), diikuti WP Putrajaya (3) dan WP Labuan (6).

Sebanyak lapan kematian telah dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,378 kematian di Malaysia.

Berikut adalah senarai kes bagi setiap negeri di Malaysia, dikongsikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehingga 18 April 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,195 kes (375,054 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 431 (123,589) Sabah – 112 (56,785) Johor – 387 (43,316) WP KL – 176 (40,092) Sarawak – 508 (23,940) Pulau Pinang – 84 (18,284) Negeri Sembilan – 42 (17,915) Perak – 35 (14,061) Kedah – 30 (9,081) Kelantan – 332 (8,448) Melaka – 15 (6,902) Pahang – 15 (4,695) Terengganu – 16 (3,895) WP Labuan – 6 (2,427) WP Putrajaya – 3 (1,275) Perlis – 3 (349)

Sumber: Dr Noor Hisham