Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Kes COVID-19 Baharu Hari Ini Menurun Berbanding Semalam, Bawah 5k

Gambar: Bernama

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa pada 11 Disember 2021, terdapat sebanyak 4,626 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan.

Angka kes baharu yang dicatatkan pada hari ini menurun berbanding kes baharu yang dicatatkan semalam iaitu sebanyak 5,058 kes.

Pertambahan kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia meningkat kepada 2,688,149 kes.

Bagi mengetahui berkenaan statistik kes COVID-19 secara lebih terperinci, layari laman COVIDNOW di covidnow.moh.gov.my

Sumber: Noor Hisham Abdullah