Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) TERKINI: KPM Akan Keluarkan Jadual Baharu SPM 2021 Dalam Waktu Terdekat – Radzi Jidin

Sumber: Twitter

Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat, umum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata demikian menerusi satu pengumuman di laman Twitternya hari ini.

Menurutnya, KPM menerima pelbagai pandangan daripada orang ramai terutamanya golongan ibu bapa mengenai isu jadual peperiksaan tersebut.

Difahamkan, pihaknya bersedia mengambil kira semua pandangan yang diberikan dan akan membawanya ke peringkat lebih tinggi untuk dibincang dan dianalisis.

Berikut di bawah adalah video pengumuman ringkas Mohd. Radzi seperti yang dikongsikan di Twitter sebentar tadi.

Sumber: Twitter Dr. Radzi Jidin