Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Kurang Dari 2k, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 1,924 Dan 12 Lagi Kes Kematian

kes baru covid-19
Kredit: Bernama

Putrajaya, 25 Feb – Kes baharu positif COVID-19 hari ini berkurang berbanding semalam dengan mencatatkan 1,924 kes, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut kemaskini KKM, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 293,698 setakat ini.

Sementara itu, kes sembuh adalah sebanyak 3,752 manakala 18 lagi kluster diisytiharkan tamat.

Sebanyak 205 kes masih menerima rawatan di ICU di mana 91 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, tulis KKM.

Dukacita dimaklumkan terdapat 12 lagi kematian dilaporkan hari ini. Takziah diucapkan kepada keluarga pesakit terlibat.

Sumber: KKM