Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih Tinggi Berbanding Semalam, 3,683 Kes Positif Covid-19 Dicatatkan Hari Ini

Gambar Hiasan via Bernama

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 3,683 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Jumlah itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,750,516 kes.

Kes positif harian menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini di mana lebih tinggi berbanding semalam iaitu 2,897 kes.

Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, sebanyak 78.4 peratus rakyat Malaysia telah lengkap vaksinasi dengan negeri Selangor, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur menunjukkan peratusan lengkap vaksinasi tertinggi, masing-masing pada kadar 94.2 peratus.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.

Sumber: DG Hisham