Putrajaya, 21 November – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan lagi 1,041 kes positif COVID-19 hari ini dan menandakan bahawa kes baharu masih lagi dalam lingkungan empat angka namun lebih rendah berbanding kes sembuh iaitu 1,405.
Menurut ciapan daripada Twitter KKMalaysia, negeri tertinggi yang mencatatkan kes baharu ialah Selangor sebanyak 402 kes diikuti Sabah dengan 346 kes.
KKM juga memaklukan bahawa terdapat 3 kes kematian baharu pada hari ini. Kesemua kes kematian dilaporkan di Sabah dan jumlah kes kematian akibat COVID-19 kini adalah 332 kes.
Bagi kes sembuh pada hari ini, KKM menerusi laman Twitter mengatakan ianya merupakan jumlah sembuh tertinggi pernah direkodkan.
Selain itu, 3 kluster baharu turut dilaporkan pada hari ini melibatkan negeri Johor, Labuan dan juga Selangor.
Sumber: KKM
