Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Mohamed Azmin Ketuai Kumpulan Pertama 7 Menteri Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Agong

Amira
Gambar via Bernama

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai kumpulan pertama tujuh menteri mengangkat sumpah jawatan hari ini, lapor Bernama.

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan serta Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara bermula 2.35 petang.

Upacara itu diteruskan dengan sesi angkat sumpah kumpulan kedua menteri yang diketuai oleh Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam pada itu, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa mengetuai kumpulan menteri yang ketiga.

Sumber: Bernama