Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerusi kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa parti itu telah membuat keputusan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.
Menerusi kenyataan media itu, PAS telah mengambil maklum keputusan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak yang telah berlangsung di dalam Dewan Undangan Negeri Perak hari ini di mana tiga (3) ADUN PAS menyokongnya selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat.
“Maka selaras dengan keputusan tersebut, PAS Pusat telah membuat ketetapan untuk TIDAK menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu,” kata kenyataan itu.
Menerusi laporan Bernama pada pagi ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ (undi percaya) yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
Susulan daripada itu, Menteri Besar Perak itu juga dilaporkan akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada petang ini.