Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara ‘one-off’ hari ini bagi 47 opsyen.
SPP menerusi satu kenyataan memaklumkan, hebahan sudah dibuka dan pemohon boleh melayari laman sesawang https://myspp.spp.gov.my/ untuk membuat permohonan.
Difahamkan, permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh bermula 7 Julai hari ini sehingga 21 Julai nanti sebelum pukul 11.59 malam.
Dalam masa sama, pemohon juga boleh melayari laman sesawang SPP melalui https://www.spp.gov.my/hebahan.html untuk maklumat lanjut.
Bagaimanapun, laman sesawang SPP mengalami jumlah trafik yang sangat tinggi dan menyebabkan server mengalami gangguan capaian.
Oleh itu pemohon dinasihatkan untuk melayari laman sesawang SPP dari semasa ke semasa.