Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Syarikat-Syarikat Kecil Akan Dibenarkan Beroperasi, Tunggu Pengumuman Nanti – Ismail Sabri

Kerajaan memutuskan untuuk membenarkan semua syarikat-syarikat kecil termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk beroperasi, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebenaran untuk membenarkan hanya syarikat besar beroperasi sekaligus menimbulkan kegusaran peniaga kecil. (Rujuk minit video 10:52)

”Mengenai syarikat-syarikat besar, benar mereka sudah pun beroperasi dan insyaAllah tunggu pengumuman nanti kerana di antara kelonggaran-kelonggaran yang akan diberi adalah syarikat-syarikat kecil juga akan dibenarkan beroperasi,” kata beliau.

Jelas Ismail Sabri, kenyataan rasmi beserta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh semua syarikat tersebut akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

”Tapi tunggu pengumuman yang akan kita keluarkan nanti beserta dengan SOP yang berkaitan dengan perniagaan kecil, syarikat-syarikat IKS ini,” ujar beliau.

Sumber: Siarang Langsung Perkembangan PKP