Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Terus Catat Peningkatan, 13,215 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa peningkatan kes baharu hari ini adalah 13,215 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 880,782 kes.

Menerusi perkongsian di Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham mendapati negeri Selangor mencatat kes baharu lebih tinggi berbanding semalam iaitu dengan bacaan 6,120 kes diikuti dengan Negeri Sembilan iaitu 1,603 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan bacaan kes sebanyak 1,499.

Selain itu, negeri Kedah turut mencatat peningkatan kes dengan bacaan 695 kes diikuti dengan Johor iaitu 599 dan Pulau Pinang, 509 kes baharu.

Ini merupakan senarai kes baharu mengikut pecahan setiap negeri

Sumber: DG Noor Hisham, KKM