Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Terus Menurun, Hanya 10,959 Kes COVID-19 Hari Ini & Selangor Rekod Kes Tiga Angka

Foto: KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 10,559 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 2,209,194 kes.

Berdasarkan statistik KKM, Sarawak mencatatkan angka harian tertinggi dengan 2,723 kes, diikuti Johor dengan 1,226 kes dan Kelantan 983 kes.

Dalam pada itu, Selangor pula merekodkan angka harian di bawah 1,000 dengan hanya 979 kes sahaja hari ini.

Jumlah kes sembuh dan kematian terkini akan dimaklumkan dalam laporan selanjutnya.

Sumber: KKM