Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Tiga Kluster Baru COVID-19 Dikesan Hari Ini, Dua Di Kedah & Satu Di Selangor

Kredit: Google

Putrajaya, 3 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan 3 kluster baharu COVID-19 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketiga-tiga kluster itu melibatkan warganegara Malaysia.

“KKM ingin memklumkan bahawa terdapat 3 kluster baru dikenalpasti hari ini melibatkan dua di Kedah dan satu di Selangor,” katanya.

Berikut merupakan perincian bagi tiga kluster berkenaan.

Kluster Bah Lunas (Kulim)

  • Kes indeks melibatkan kes ke-11,471, seorang lelaki warganegara berusia 35 tahun yang pulang dari kawasan berisiko negeri Sabah.

  • Kes dikesan posiitf pada 30 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah

  • Saringan kontak rapat dapati tiga lagi kes positif dikesan.

  • Semua melibatkan warganegara dan dirawat di hospital sama.

  • Hingga 3 Oktober, 112 individu telah disaring di mana 4 positif, 21 negatif dan 87 masih menunggu keputusan.

  • Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Kluster Bah Rose (Kuala Muda)

  • Kes indeks, 11,212 seorang lelaki warganegara 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

  • Kes dikesan positif pada 29 September dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah.

  • Hasil saringan kontak rapat mendapati 7 lagi kes positif COVID-19 telah dikesan.

  • Kesemua individu positif kluster ini melibatkan melibatkan warganegara.

  • Hingga 3 Oktober, seramai 477 individu telah disaring. Hasil saringan di Kedah (81 orang) mendapati mendapati 7 positif, 69 negatif dan 5 masih tunggu keputusan.

  • Daripada 396 disaring di Pulau Pinang, satu daripadanya positif, 71 negatif manakala 324 masih menunggu keputusan.

  • Punca masih dalam siasatan.

Kluter Jelok (Selangor dan WP Kuala Lumpur)

  • Kes indeks melibatkan kes ke- 11,788, iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 27 tahun.

  • Pesakit dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

  • Hasil saringan mendapati 3 lagi dikenalpasti positif COVID-19.

  • Semua kes baru di dalam kluster ini melibatkan warganegara dan kesemuanya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

  • Sehingga 3 oktober, 8 idnvidu telah disaring di mana 4 positif dan 4 negatif COVID-19.

  • Punca masih dalam siasatan

Sumber: KKM