Disebalik kemeriahan temasya sukan Olimpik, Tokyo hari ini dilaporkan telah mencatatkan 2,848 kes baharu COVID-19 dan menjadikan ia kes harian yang tertinggi pernah direkodkan di bandar itu.
Menurut Japan Times, ia melebihi jumlah yang tertinggi pernah direkodkan pada sebelum ini iaitu sebanyak 2,520 kes pada 7 Januari yang lalu.
Difahamkan, angka tersebut disebabkan oleh gelombang jangkitan baru yang bermula di bandar itu sejak minggu lalu. Jumlah pesakit yang berada pada kategori yang teruk pula dilaporkan seramai 82 orang.
Dengan peningkatan jangkitan dan pertambahan pesakit di hospital, jumlah katil juga akan dipertingkatkan menjadi 6,406 berbanding kapasiti semasa iaitu sebanyak 5,967.
Sementara itu, pakar kesihatan di sana telah memberi amaran bahawa faktor musim, peningkatan mobiliti dan penyebaran varian akan menyebabkan kes COVID-19 akan melonjak naik pada musim panas ini.
Sumber: Japan Times