Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Upacara Akad Nikah Di Pejabat Agama & Masjid Di Kawasan PKP Dibenarkan Dengan Had Kehadiran Seramai 20 Orang- Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa upacara akad nikah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan di pejabat agama dan masjid.

Menurutnya, upacara itu dibenarkan dengan kehadiran had maksimum seramai 20 orang, tidak termasuk jurunikah dan saksi.

“Walau bagaimanapun, ia perlu mendapatkan kelulusan daripada majlis agama negeri masing-masing,” katanya.

Ia berikutan hal ehwal agama Islam berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri masing-masing.

Selain itu, di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula, upacara akad nikah dibenarkan dengan kehadiran had maksimum 50 peratus di dalam premis dengan penjarakan 1 meter.

Tidak cuma itu, upacara pernikahan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) juga dibenarkan mengikut keluasan premis tetapi perlu ada penjarakan 1 meter.

Sumber: RTM