Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
TESLA
Tesla Tawar EV Lebih Mampu Milik Di Malaysia

Syamimi

Tesla Tawar EV Lebih Mampu Milik Di Malaysia

Tesla melancarkan Model 3 Standard dan Model Y Long Range RWD bagi memperluaskan akses pemilikan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia serta memperkasa lebih ramai rakyat untuk beralih kepada mobiliti lestari

Misi Tesla adalah untuk membina masa depan yang lebih mampan dengan menjadikan teknologi kenderaan elektrik, kecerdasan buatan dan robotik lebih mudah diakses, menarik dan praktikal untuk kegunaan harian dalam ekosistem yang sepenuhnya bersepadu.

Dengan ansuran bulanan serendah RM1,138*, orang ramai kini berpeluang memiliki Tesla dan menikmati teknologi EV bertaraf dunia.

Seiring dengan peningkatan permintaan pelanggan, Tesla kini menawarkan Model 3 Standard dan Model Y Long Range RWD dengan harga bermula dari RM147,600 dan RM216,450.

Pelanggan juga boleh menikmati kadar faedah serendah 1.99% untuk kedua-dua model.

Dengan memperluaskan barisan produk ini kepada pengguna di Malaysia, Tesla berhasrat memberikan lebih banyak pilihan serta membantu orang ramai beralih kepada EV dengan kos pemilikan yang lebih rendah, tanpa menjejaskan standard premium dari segi keselamatan, jarak pemanduan, teknologi pintar dan liputan rangkaian pengecasan yang luas.

Model 3 Standard merupakan model Tesla paling mampu milik dengan kos pemilikan terendah dalam jangka panjang berbanding barisan produk semasa. Model ini menawarkan jarak pemanduan sehingga 534 km, dengan reka bentuk aerodinamik yang cekap.

Dengan kadar pengecasan Supercharging maksimum 175 kW, Model 3 Standard mampu menambah jarak sehingga 270 km dalam hanya 15 minit, mencukupi untuk perjalanan lancar dari Lembah Klang ke stesen Supercharger di Skudai, Johor.

Pemilik juga boleh kekal berhubung dengan kenderaan melalui aplikasi Tesla, membolehkan kawalan suhu kabin, pemantauan status kenderaan dan pengecasan, serta kemas kini perisian Over-The-Air (OTA) secara jarak jauh.

Model 3 Standard kini boleh ditempah melalui laman web rasmi Tesla, https://www.tesla.com/en_my/model3/design#overview

Model Y, SUV bersaiz sederhana yang popular di Malaysia dan menerima penarafan keselamatan tertinggi daripada NHTSA (Amerika Syarikat), IIHS (Amerika Syarikat) dan Euro NCAP (Eropah), kini dipertingkatkan dengan varian Long Range RWD yang menawarkan jarak pemanduan terpanjang dalam barisan produk, sehingga 661 km dengan satu cas penuh.

Dengan kadar pengecasan maksimum 250 kW, Model Y Long Range RWD mampu menambah sehingga 267 km jarak pemanduan dalam hanya 15 minit di stesen Supercharger⁶; membolehkan pemandu bergerak dari stesen Supercharger Kuantan ke stesen Supercharger Gurney Plaza Pulau Pinang tanpa perlu berhenti.

Model Y turut menawarkan ruang simpanan sehingga 2,138+ liter dengan fleksibiliti tinggi, mampu memuatkan sehingga empat beg pakaian bersaiz besar apabila tempat duduk belakang dilipat, serta satu bagasi kabin 16 inci di ruang simpanan hadapan (“frunk”).

Ia sesuai untuk keluarga yang memerlukan ruang luas, jarak pemanduan jauh dan prestasi yang boleh dipercayai.

Rasai keselamatan bertaraf dunia, jarak pemanduan mengagumkan dan teknologi EV terkini dengan menempah Model Y Long Range RWD hari ini melalui laman web Tesla, www.tesla.com/en_my/modely/design#overview

Tesla komited untuk menyediakan pengalaman pengecasan yang lancar dan menyeluruh dengan terus mengembangkan rangkaian pengecasannya.

Dengan pembukaan lokasi baharu di Nexus Bangsar South serta peluasan tambahan di Quayside Mall, Tesla kini menawarkan 18 stesen Supercharging (76 unit Supercharger) dan 17 stesen Destination Charging (79 unit pengecas) bagi memperkukuh liputan pengecasan di seluruh negara.

Tesla akan terus melabur dalam pembangunan infrastruktur pengecasan, dengan lebih banyak lokasi baharu akan dibuka kepada orang ramai pada masa akan datang.

Setakat ini, lebih daripada 10,000 isi rumah telah menikmati manfaat Program Pengecasan Rumah (Home Charging Program), membolehkan pengecasan harian yang lebih mudah dan selesa di rumah.

Rasai sendiri pengalaman pemanduan Model 3 atau Model Y dengan melakukan pandu uji di Tesla Centres dan Pop-up Store yang berhampiran dengan lokasi anda.

Lokasi Tesla di Malaysia

• Cyberjaya, Experience Centre: 23A Persiaran APEC, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, 63000

• Pavilion Damansara Heights, Experience Centre: Lot 2.27.11, Level 2, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur 50490

• Setia City Mall, Level UG (Di hadapan Hush Puppies), 7, Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13 Shah Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia

• Gurney Plaza, Experience Centre: Lot 170-G-56A/56A1, Ground Floor, Kelawai Entrance, 170 Gurney Drive, Pulau Tikus, 10250 George Town, Pulau Pinang

• AEON Mall Tebrau City, Di hadapan Uniqlo, 1, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia

• Vivacity Megamall, Lot G-064, Ground Floor, Management Office, Q112B, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia

Ikuti akaun rasmi Tesla di X: @Tesla_MalaysiadanInstagram: @teslamotorsmys

Ketahui lebih lanjut di https://www.tesla.com/en_my

*Berdasarkan kadar faedah 1.99%, bayaran pendahuluan 30% dan tempoh pembiayaan 108 bulan
1. Jarak tambahan dalam 15 minit adalah berdasarkan data kelajuan malar
2. NHTSA
3. IIHS
4. Euro NCAP
5. Untuk model Long-Range Rear-Wheel Drive dengan rim 19 inci
6. Jarak tambahan dalam 15 minit adalah berdasarkan data kelajuan malar