Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Thailand Harap Gelombang Kedua COVID-19 Perlahan Dalam Dua Minggu

Gambar: Bernama

BANGKOK, 11 Jan — Thailand berharap gelombang kedua pandemik COVID-19 yang tercetus sejak pertengahan Disember lepas akan perlahan dalam tempoh dua minggu lagi.

Penularan terbaru di sebuah pasar makanan laut di Samut Sakhon menyaksikan jumlah kes COVID-19 melonjak kepada hampir 6,000 dalam tempoh lebih tiga minggu.

Sepanjang 24 jam lepas, Thailand mencatatkan 249 kes baharu COVID-19 termasuk 224 penularan tempatan dan sifar kematian, menjadikan keseluruhan kes di negara itu 10,547 dengan 67 kematian.

Beliau berkata terdapat 25 kes import termasuk 14 ketibaan dari Myanmar dan 11 di pusat kuarantin alternatif negara (ASQ).

Sementara itu, Thailand telah mengetatkan penguatkuasaannya di sempadan bagi membendung kemasukan warga Thailand yang pulang dari Myanmar.

Media tempatan melaporkan ratusan rakyat Thailand yang bekerja di kasino di bandar Myawaddy Myanmar, terletak bersempadan dengan Thailand, dijangka bergerak kembali melalui wilayah Tak selepas kerajaan itu membuka semula pusat pemeriksaan untuk sementara bagi membolehkan mereka pulang.

Pembukaan semula pusat pemeriksaan itu untuk tempoh sementara, bertujuan menghalang pekerja Thailand daripada menyelinap ke dalam negara itu dan menimbulkan risiko jangkitan kepada komuniti tempatan.

Sumber: BERNAMA