Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Thailand Ubah Stadium Jadi Hospital Sementara Selepas COVID-19 Tunjuk Peningkatan

THAILAND- Stadium utama sukan di Bangkok serta kemudahan alatan latihan digunakan dan diubah menjadi hospital sementara bagi pesakit Covid-19 yang baru. Keputusan dibuat setelah jangkitan menunjukkan peningkatan, kata Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnirakul semalam.

Selain itu, gedung sukan Nimibutr di daerah Pathumwan, Pusat Latihan Dalaman Lembaga Sukan Thailand , Stadium Nasional Rajamangala, serta Stadium Tertutup Huamark di Bang Kapi, katanya.

“Kemudahan awal (alatan latihan) akan digunakan bagi keperluan pesakit tetapi hanya untuk pesakit bergejala ringan,” tambahnya lagi.

Sekurang-kurangnya empat hospital sementara akan dikendalikan akan dikendalikan oleh kementerian, kata Kol Sirichan Ngathong, wakil jurucakap tentera.

Kesemua hospital sementara akan dikawal ketat oleh tentera.

Sumber: Bangkok Post