Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia, Gempa Bumi 5.1 Skala Richter Gegar Kepulauan Talaud, Indonesia

Gambar via MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui ciapan terbaru di laman Twitter rasmi sebentar tadi memaklumkan kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia.

Gempa bumi bermagnitud 5.1 skala Ritcher tersebut dilaporkan berlaku di koordinat 5.0 darjah Utara dan 126.0 darjah Timur pada jam 10.31 pagi tadi.

Berjarak 116 kilometer Barat Laut dari Pulau Talaud, gempa bumi tersebut menggegar daerah setempat pada kedalaman 101 kilometer.

Walaubagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan di Malaysia setakat ini.

Masyarakat diharap untuk kekal tenang sehingga maklumat lanjut menyusul.

Sumber: MetMalaysia