Menerui perkongsian di Twitter Zulhelmi Zainal Azam, pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian PCR pagi tadi. Kenyataan itu disahkan oleh jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.
Akhyar menjaringkan dua gol ketika menentang Kemboja pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF, Isnin lalu.
Walau bagaimanapun, kelibatnya tidak kelihatan semasa Harimau Malaya menentang Laos dengan meraih kemenangan besar 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan B saingan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura, sebentar tadi.
Sumber: Twitter
