Terdapat tiga prinsip yang mesti dipatuhi seandainya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam waktu terdekat ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham tiga prinsip tersebut adalah seperti berikut:
1. Tidak boleh rentas negeri atau sempadan negeri atau daerah.
2. Tiada kempen pilihan raya.
3. Tiada lawatan dari rumah ke rumah.
Namun, menurut beliau, perlaksanaan PRU sebaik-baiknya ditangguhkan namun KKM tiada punca kuasa ataupun dapat menggunakan Akta 342.
”KKM telah menyediakan SOP pilihan raya untuk PRK Chini dan Slim River.
”Kita juga sediakan SOP PRN Sabah tapi isunya adalah ketidakpatuhan spt lawatan rumah ke rumah dan perhimpunan,” kata beliau seperti memetik laporan KKM.
Sumber: KKM Malaysia
