Menerusi kenyataaan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes baharu yang dicatatkan hari ini di dalam kluster PUI Sivagangga.
Sehingga 8 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,198 orang telah disaring dalam kluster ini. Bilangan saringan ini merangkumi saringan dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Daripada jumlah ini:
43 kes dikesan positif COVID-19;
3,235 negatif; dan
920 masih menunggu keputusan.
Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) diteruskan. Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan kluster ini.
Sumber: Kp Kesihatan