Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sudah Tiba Masa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Dilaksana Di KL – Nik Nazmi

Hannah
pilihan raya KL
Gambar: Parlimen Malaysia/YouTube

Tiba Masa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Dilaksana Di KL – Nik Nazmi

Sudah tiba masanya bagi Kuala Lumpur melaksanakan reformasi tadbir urus bandar raya dengan memberi ruang semak dan imbang melalui pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan, menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Difahamkan, gesaan itu dibuat susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyorot isu pembangunan dan urus tadbir tanah di ibu negara.

Nik Nazmi, yang mewakili Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kuala Lumpur, berkata BBC menyokong cadangan PAC termasuk mengembalikan jawatan Pengerusi Wilayah Persekutuan kepada menteri yang bertanggungjawab bagi memastikan akauntabiliti politik yang lebih jelas.

Menurut beliau, cadangan PAC ini menjadi titik permulaan untuk reformasi lebih menyeluruh dalam pentadbiran Kuala Lumpur.

“Kedua, melibatkan ahli parlimen Kuala Lumpur yang dipilih secara demokratik menerusi sebuah jawatankuasa tetap.

“Jadi kami sekarang tidak ada suara. Kalau beza tempat lain mereka ada ADUN ataupun ahli majlis tetapi di KL hanya ada ahli parlimen yang tidak ada suara di dalam urus tadbir tanah dan juga pembangunan dan meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 dan Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 untuk memperkenalkan sistem ahli majlis yang dilantik bagi memastikan semak dan imbang.

“Berbeza dengan PBT lain, Datuk Bandar di Kuala Lumpur is all powerful. Dia tidak ada check and balance. Yang ada lembaga penasihat.

“Jadi kita harap, PAC cadangkan dapat buat satu sistem ahli majlis yang dilantik sebagaimana negeri-negeri lain,” kata beliau.

Justeru, beliau berpandangan perbincangan awal boleh dimulakan ke arah pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Parlimen pada Selasa, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan; Bukit Bintang, Fong Kui Lun; dan Seputeh, Teresa Kok.

Nik Nazmi menegaskan bahawa hasrat ini sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum 2022, yang berikrar memperkukuh demokrasi dalam tadbir urus Kuala Lumpur.

Beliau juga menekankan bahawa selaku ibu negara yang pesat dan hampir setara dengan bandar raya negara maju, warga kota wajar diberi ruang untuk menentukan hal ehwal pentadbiran bandar.

Jelas beliau, dengan penglibatan warga kota, isu seperti penjualan kolam takungan, pembangunan yang tidak terkawal, kawasan hijau dan sebagainya dapat dielakkan.

BACA: Polis Terima Laporan Pelajar Jatuh Dari Tingkat Tiga Asrama Sekolah Di Sabak Bernam

Sumber: