Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh acara Keirin lelaki apabila menduduki tempat terakhir di peringkat suku akhir Olimpik 2020 sebentar tadi.
Pelumba pertama yang berjaya sampai ke garis penamat adalah pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul, diikuti Jack Carlin (Great Britain) dan Jair Tjon En Fa (Suriname) di tempat ketiga.
Dalam perlumbaan yang berlangsung di Velodrome Izu tadi, Shah Firdaus beraksi dengan sangat baik walaupun telah mengalami kecederaan semasa pusingan kelayakan ke suku akhir semalam. Beliau turut kelihatan kurang cergas dan agak terhinjut-hinjut semasa menjalani sesi memanaskan badan sebelum memulakan perlumbaan sebentar tadi.
Pun begitu, Shah Firdaus dilihatkan memulakan saingan dengan sangat baik sebelum ketinggalan di belakang pelumba-pelumba lain.
Walaupun perjuangan beliau tamat di sini dan tak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya, namun Shah Firdaus tetap menjadi juara di hati rakyat Malaysia.
Sumber: Astro Arena