Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Anak Burumg Hupo Terbang Meninggalkan Sarang

Gambar: Bernama

TAIPING, 21 Julai (Bernama) — Tiga ekor anak burung hupo atau nama saintifiknya Upupa epops longirostris, yang sebelum ini tular kerana spesies burung hijrah yang jarang ditemui di negara ini, telah terbang meninggalkan sarang di Taman Tasik Taiping sejak Ahad.

Pengarah Zoo Taiping & Night Safari Dr Kevin Lazarus berkata kehadiran tiga ekor anak burung berkenaan menjadikan pasangan burung itu sudah mempunyai enam ekor anak selepas kembali bertelur awal Jun lalu di dalam lubang yang sama di sebatang pokok Jemerlang di taman berkenaan.

Beliau berkata tiga ekor lagi anak burung itu telah menetas dan terbang meninggalkan sarang pada Mei lalu.

“Saya percaya spesies burung hijrah berkenaan yang kini jumlahnya lapan ekor masih berada di kawasan ini dan belum kembali ke habitat asal,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kevin berkata spesies burung hijrah yang berasal dari kawasan Afro-Eurosia iaitu sekitar Eropah, Afrika dan Asia adalah antara spesies yang berjaya membiak di negara ini.

Pada April lalu pasangan burung jantan dan betina itu pertama kali dikesan membuat sarang di pohon tersebut untuk bertelur dan sejak itu telah mendapat perhatian dalam kalangan pengunjung untuk melihat burung tersebut.

Sumber: BERNAMA