Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Harimau Bintang Salji Dilapor Mati Akibat Komplikasi COVID-19

Gambar via Google

Tiga ekor harimau bintang salji dilaporkan telah mati di salah sebuah Zoo Kanak-kanak Lincoln di Nebraska akibat komplikasi COVID-19, lapor Fox32Chicago.

Pengumuman itu dikongsikan di Laman Facebook pihak zoo tersebut pada Jumaat lalu. Posting di laman Facebook zoo itu menggunakan headline “benar-benar menyayat hati” yang melibatkan tiga ekor harimau bintang bernama, Ranney, Everest, dan Makalu.

Menurut laporan, awalnya pihak zoo mula merawat harimau-harimau bintang salji itu dan dua harimau Sumantra yang lain sebulan yang lalu, dan dua ekor harimau yang lain itu Axl dan Kumar, turut terkena virus itu tetapi kini sudah pulih.

Sumber: Fox32Chicago