Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Tiada Kategori
Tiga Juara Baharu Menutup Tirai Musim Ke-8 Vios Challenge

Syamimi

Tiga Juara Baharu Menutup Tirai Musim Ke-8 Vios Challenge

Musim ke-8 Toyota GAZOO Racing Malaysia Vios Challenge melabuhkan tirainya dengan kemunculan tiga juara keseluruhan baharu selepas dua hari perlumbaan yang sengit dan penuh aksi di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada para juara baharu, semua pelumba, pasukan serta pengedar yang terlibat dan memainkan peranan penting dalam menjadikan Vios Challenge sebagai salah satu siri perlumbaan satu-make paling kompetitif di Malaysia. Seperti musim-musim terdahulu, perebutan gelaran kejuaraan berlangsung sehingga perlumbaan terakhir, sekali gus membuktikan tahap daya saing siri ini yang menekankan kemahiran perlumbaan dan kebolehan pemanduan, pemandu di sebalik jentera selaras dengan aspirasi Toyota dalam membangunkan bakat pemandu dan tenaga teknikal, serta menjadikan sukan permotoran sebagai platform berimpak tinggi untuk tujuan tersebut,” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor.

Persaingan untuk merebut gelaran juara keseluruhan Kelas Super Sporting menjadi tumpuan utama sepanjang dua hari terakhir perlumbaan, namun akhirnya milik Freddie Ang dari Telagamas Toyota yang berjaya merangkul kejuaraan pertamanya selepas lapan musim beraksi.

“Kami telah berusaha selama lapan musim berturut-turut dan akhirnya berjaya memenangi kejuaraan yang begitu diidamkan. Ia mengambil masa, tetapi akhirnya kami berjaya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Telagamas Toyota kerana terus mempercayai kami sepanjang lapan musim ini. Tanpa sokongan mereka, kejayaan ini tidak mungkin tercapai,” kata Ang, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000 dan menamatkan musim dengan 163 mata, 13 mata di hadapan naib juara, Mitchell Cheah dari Team Prima Pearl SP Selatan, yang terlepas peluang mempertahankan kejuaraan keseluruhan buat kali kedua berturut-turut.

Dikenali sebagai “Mr Consistent” dalam siri ini, Ang sebelum ini menamatkan musim di tempat ketiga pada 2024, ketujuh pada 2023, keempat pada 2022 dan 2021, serta ketiga pada 2020.

Menjelang pusingan terakhir kejuaraan, Ang ketinggalan lapan mata di belakang Cheah. Ang menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kelima dan, melalui format grid terbalik, memulakan Perlumbaan 2 dari petak kedua, lima kedudukan di hadapan Cheah. Kelebihan ini dimanfaatkan sepenuhnya apabila Ang memenangi Perlumbaan 2, manakala Cheah menamatkan perlumbaan di tempat kelapan selepas pertarungan selama 30 minit di Litar Selatan sepanjang 2.609km di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

“Kami mempunyai kelebihan besar dengan memulakan perlumbaan dari hadapan grid dalam Perlumbaan 2. Saya hanya fokus dan melakukan apa yang perlu untuk kekal di hadapan Cheah. Setiap musim adalah perjalanan yang sukar, termasuk musim ini apabila kami terpaksa menarik diri dalam satu perlumbaan pada Pusingan 1, namun kami tidak pernah berputus asa. Saya amat bersyukur kerana nasib menyebelahi kami kali ini.”

Tempat ketiga keseluruhan kejuaraan menjadi milik Ady Rahimy dari Laser Motor Racing yang memenangi Perlumbaan 1 dan menamatkan Perlumbaan 2 di tempat ke-10. Beliau mengakhiri musim dengan 119 mata.

Bagi Kelas Sporting pula, gelaran juara dimenangi oleh bekas pelumba Kelas Rookie, Jwan Hii dari Hong Huat X Armada KK Racing. Hii memasuki pusingan terakhir dengan kelebihan besar, mendahului 41 mata daripada pesaing terdekatnya, Elson Lew dari BAE Racing by ES Yang serta Dato’ Dr Ken Foo dari Kulim Topwheels.

Dua penamat di tempat keempat dalam Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 sudah memadai untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai juara dengan 167 mata, kelebihan 47 mata di hadapan Foo yang bangkit sebagai naib juara, manakala Lew menamatkan Musim 8 di tempat ketiga.

“Perjalanan ini sangat mencabar buat saya, terutamanya selepas berehat selama empat tahun daripada dunia sukan permotoran selepas menamatkan program Toyota GAZOO Racing Malaysia Young Talent Development. Saya tidak menjangkakan kepulangan dengan musim yang begitu kompetitif dan saya amat gembira dengan keputusan akhirnya,” kata Hii, 23 tahun, yang membuat penampilan sulung dalam Kelas Sporting.

“Sebagai juara, ini bermakna saya akan naik untuk bersaing dalam Kelas Super Sporting pada musim hadapan. Ia pasti satu cabaran berbeza dengan barisan pelumba yang lebih berpengalaman, namun saya akan memberikan sepenuh komitmen.”

Dalam Kelas Rookie yang menampilkan pemandu muda dan baharu, Justin Rahul Dev berjaya mengatasi segala cabaran untuk dinobatkan sebagai juara Rookie baharu.

Menjelang pusingan terakhir musim, gelaran tersebut masih terbuka kepada empat pelumba iaitu Justin, Ian James, Aydan Khaliq dan Harkiesh Geeva.

“Sejak awal lagi saya tahu saya mempunyai kepantasan dan kemampuan untuk bersaing merebut kejuaraan, namun pada peringkat awal ia lebih didorong oleh ego. Saya menetapkan standard yang sangat tinggi untuk diri sendiri dan menjadikan pelumba profesional muda Malaysia lain sebagai penanda aras untuk memahami tahap prestasi yang perlu dicapai,” kata pelumba simulator berusia 21 tahun itu yang kini berhasrat untuk mendapatkan tempat dalam Kelas Sporting bagi Musim 9.

“Saya berharap dapat beraksi dalam Kelas Sporting pada Musim 9. Ke hadapan, saya melihat ini sebagai projek jangka panjang. Saya mahu menjadi antara pelumba yang berjaya beralih daripada perlumbaan simulator ke perlumbaan sebenar. Saya akan meluangkan lebih banyak masa dalam latihan di litar dan simulator, meningkatkan tahap kecergasan, serta membangunkan kehadiran di media sosial. Untuk menjadi pelumba hebat seperti yang dibuktikan oleh legenda-legenda sukan ini, seseorang perlu memberikan 100 peratus komitmen kepada perlumbaan, dan itulah yang saya tekadkan.”

Tempat kedua Kelas Rookie dimenangi oleh Ian James, manakala Harkiesh Geeva, Aydan Khaliq dan satu-satunya pelumba wanita dalam kelas tersebut, Genevieve Ooi, melengkapkan tiga kedudukan seterusnya.

Ikuti segala aksi dan sorotan perlumbaan terdahulu dengan mengikuti Toyota GAZOO Racing Malaysia di media sosial untuk kemaskini langsung, sorotan perlumbaan dan kandungan sebalik tabir:

Facebook: facebook.com/tgrmy
Instagram: instagram.com/tgrmalaysia
YouTube: youtube.com/@tgrmalaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual perlumbaan, butiran pelumba dan kemas kini terkini, layari: www.toyota.com.my/en/tgrmalaysia