Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tiga Maut Dalam Kemalangan Libatkan Bas & Kereta Di Kuala Krai
KUALA KRAI, 30 Mei (Bernama) — Tiga maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dan kereta di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Sungai Sam di sini pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.20 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 35 minit kemudian dengan jarak 40.6 kilometer.
“Tiga mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita dewasa yang tersepit dalam Perodua Myvi dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemandu bas ekspres tersebut pula mengalami kecederaan ringan dan pihaknya telah memulakan operasi dengan menggunakan alatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit.
Sumber: Bernama