Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tiga Melecur, Empat Kilang Meletup Dan Terbakar
Tiga lelaki warga Bangladesh melecur apabila empat buah kilang meletup dan terbakar di Kawasan Perindustrian SILC, Iskandar Puteri, lapor Malaysia Gazette.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Suleiman, panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut sekitar jam 11.33 pagi.
Berikutan itu, 46 orang anggota dari BBP Iskandar Puteri, Skudai, Pekan Nenas, Pontian Baru dan Sebana Cove telah digerakkan ke tempat kejadian.
“Mereka dibantu lapan jentera. Kebakaran melibatkan empat kilang. Sebuah kilang logisitik terbakar sebanyak 80 peratus.
“Tiga buah kilang termasuk stor penyimpanan thinner terbakar 90 peratus,” jelasnya.
Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa yang melecur 30 peratus telah dikejarkan ke hospital oleh pihak pengurusan kilang sebelum pihak bomba tiba. Menurutnya lagi, operasi memadam kebakaran masih berjalan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, orang awam telah menghubungi pihaknya bagi melaporkan kejadian tersebut pada jam 11.45 pagi.
“Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 11.30 pagi. Ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Sumber: Malaysia Gazette