Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Timing” Ngam, Gunung Berapi Meletus Ketika Wanita Dilamar Teman Lelaki

Sofea
gunung berapi meletus
Kredit: missmorganalexa

“Timing” Ngam, Gunung Berapi Meletus Ketika Wanita Dilamar Teman Lelaki

Bila sudah memiliki pasangan, tiada apa yang lebih bermakna bagi seorang wanita selain dilamar oleh lelaki yang dicintainya untuk menuju ke gerbang perkahwinan. Ketika tiba saat itu, ia menjadi detik yang sangat bermakna.

Namun, bayangkan pula bila ketika itu berlakunya fenomena alam yang mungkin jarang dapat dilihat oleh kebanyakan orang.

Itu yang dilalui oleh pasangan kekasih ini yang dapat menyaksikan letupan gunung berapi ketika lamaran berlangsung.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Morgan Alexa di Instagram, dia dikejutkan dengan lamaran oleh teman lelakinya ketika mendaki di gunung berapi Acatenango, Guatemala.

BACA JUGA: Gunung Berapi Muntahkan Lava, Penduduk Guatemala Dipindahkan

Ketika ingin menyarungkan cincin, mereka tersedar bahawa gunung berapi Fuego sedang meletus dan mengeluarkan lava. Ia menjadikan momen lamaran tersebut lebih bermakna dan indah.

“Gunung berapi Fuego sedang meletus di belakang. Kami memang bernasib baik sebab letusan yang anda nampak dalam video itu adalah letusan pertama yang kelihatan pada hari itu,” kata Morgan menerusi kapsyen di videonya.

Perkongsian itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

“Gunung berapi pun teruja untuk kamu berdua,” kata seorang netizen.

“Momen paling epik, saya sebak sikit tengok video ini, semoga kamu berdua berbahagia selalu,” kata seorang lagi.

Sumber: missmorganalexa

BACA JUGA: Berpotensi Meletus Dan Masih Aktif, Ini Antara 5 Gunung Berapi Bawah Laut Yang Ramai Tak Tahu