Tin Sardin - Antara integriti dan pilihan kehidupan
Bagi seorang anak, sambutan hari jadi ibu ayah ini adalah sebagai salah satu cara untuk kita nak tunjuk penghargaan terhadap segala pengorbanan dan kasih sayang mereka sejak kecil.
Tak kira lah besar atau sekecil-kecil hadiah atau masakan simple, ia tetap akan memberi makna yang sangat bernilai kepada ibu bapa sebab mereka juga ingin rasa dihargai oleh anak-anak.
Begitulah kisah yang dipaparkan menerusi filem pendek bertajuk Tin Sardin yang dihasilkan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd berdasarkan kisah benar sebuah keluarga di Perak pada sekitar tahun 1970.
Kisah ini bermula apabila seorang anggota polis yang terkorban akibat perangkap samar komunis, beliau meninggalkan isteri bersama empat orang anak yang masih kecil.

Selepas kehilangan suami, si ibu terpaksa melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa untuk menyara kehidupan keluarga. Ada masa beliau mengambil upah mencuci pinggan dan ada masa menjual sambal tumis bersama anak-anak.
Dalam kesibukan ibu mencari rezeki, anak sulungnya, Ba’a pula yang mengambil tugas menjaga adik-adiknya di rumah.
Situasi ini menunjukkan bagaimana kesusahan hidup membuatkan setiap ahli keluarga memainkan peranan untuk saling membantu dan menjaga antara satu sama lain.
Niat Baik Tak Kesampaian
Konflik berlaku bila tiba hari jadi si ibu yang kebetulan jatuh pada hari sama dengan Hari Kemerdekaan dan Ba’a memasak makanan istimewa sebagai tanda penghargaan kepada ibu yang dah banyak berkorban untuk mereka sejak kehilangan sosok seorang ayah.
Namun, apabila ditanya mana datangnya tin sardin tersebut, Ba’a memberitahu bahawa dia menjumpainya di hadapan sebuah kilang ketika mencari kayu api bersama adik-adiknya.

Walaupun niat anak-anaknya baik, si ibu terus marah apabila mendengar jawapan yang anaknya telah mengambil sesuatu yang bukan milik mereka.
Kemudian si ibu membawa semua tin sardin yang belum dibuka ke kilang untuk dipulangkan tetapi pengawal kilang tersebut menjelaskan bahawa tin sardin tersebut memang sudah terjatuh dan menyatakan tin sardin itu boleh diambil oleh sesiapa pun.
Namun, penjelasan itu tidak mengubah keputusan si ibu kerana baginya, sesuatu yang bukan milik sendiri tetap bukan hak untuk diambil, walaupun sekecil-kecil tin sardin.
Dalam perjalanan pulang si ibu meminta maaf kerana tak mampu menyediakan makanan sedap untuk anak-anaknya.

Tetapi beliau tetap menegaskan, walaupun keluarga mereka hidup dalam keadaan susah, anak-anaknya perlu faham bahawa mengambil hak orang lain bukan cara untuk selesaikan masalah.
Walaupun terpaksa makan nasi dengan garam sekalipun tidak apa, asalkan mereka tak ambil sesuatu yang bukan milik mereka sendiri.
Pesanan tersebut selari dengan pesanan arwah suaminya yang mahukan anak-anak mereka membesar sebagai orang yang ikhlas, jujur dan mempunyai prinsip.
Baginya, biarlah hidup susah dan orang pandang rendah, asalkan tetap melakukan perkara yang betul kerana Allah sentiasa melihat.
Nilai-nilai sebegini begitu dekat dengan prinsip yang diperjuangkan IWK, integriti, tanggungjawab, ketabahan, serta melakukan perkara yang benar walaupun tiada siapa yang melihat.
Pesanan Lama Yang Masih Relevan Hari Ini
Begitu juga yang pernah diingatkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kemerdekaan dan kemajuan sesebuah negara menuntut pengorbanan yang tulus dan nilai itu turut tercermin menerusi kisah keluarga dalam filem pendek Tin Sardin ini.
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan 2026, filem pendek IWK ini mengingatkan kita bahawa keikhlasan dan integriti perlu kekal menjadi pegangan walau sesukar mana pun kehidupan yang perlu ditempuhi.
Saksikan filem pendek penuh Tin Sardin dan ikuti kisah keluarga ini di platform berikut:
Instagram: https://www.instagram.com/reel/DcGJJ5zs5Zf/?igsh=YzRyOW9ocjB4eGQ1
Facebook: https://www.facebook.com/share/v/19C9mZJkcN/?mibextid=wwXIfr
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSVYJc1Yb/
YouTube: https://youtu.be/FTtCzsiHf30?si=0FhBbuEko4q4Hqk_
