Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tip Elak Kereta Bau Hapak Gara-Gara Barang Basah
Pernah tak anda alami situasi di mana setiap kali buka pintu kereta, tiba-tiba hidung diserang bau hanyir yang menusuk sampai pening kepala? Bau busuk ini memang berhantu.
Sekali melekat, memang payah nak hilang kalau tak dibersihkan betul-betul. Selalunya puna bau tersebut datang daripada barang basah seperti ikan, ayam, udang atau sayur yang kita beli dalam kuantiti banyak dan simpan sekejap dalam kereta.
Ramai orang tak sedar, air ikan yang menitis walau setitik boleh meresap ke pelapik bonet atau celah kusyen dan bau hanyirnya akan berbau lama kalau tak ditangani dengan cepat.
Lebih parah kalau kita singgah merata tempat sebelum balik ke rumah. Makin lama barang basah duduk dalam kereta, makin menjadi-jadi bau hapaknya.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips mudah tetapi sangat berguna untuk anda elak kereta bau busuk dan hapak gara-gara barang basah.
Tip-tip ini bukan sahaja praktikal malah boleh dijadikan rutin setiap kali balik dari pasar. Dengan sedikit langkah berjaga-jaga, kereta anda bukan sahaja kekal wangi malah tak perlu lagi risau penumpang terpaksa menahan nafas bila menumpang kereta anda.
Perkara paling asas tetapi selalu dipandang remeh ialah cara kita membungkus barang basah. Jangan harapkan beg plastik pasar semata-mata kerana plastik nipis mudah bocor.
Sebaiknya, sediakan beg khas yang berzip atau bekas plastik kedap udara untuk simpan ikan, ayam atau udang. Lapiskan dengan beberapa lapisan plastik tambahan supaya jika ada air yang meleleh, ia tidak terus menitis ke lantai bonet kereta.
Lebih baik lagi jika anda sediakan kotak plastik bertutup yang boleh diisi pek ais atau ketulan ais. Suhu sejuk ini bukan sahaja membantu mengekalkan kesegaran barang basah malah dapat memperlahankan proses bau hanyir.
Jadi, jangan malas sediakan kit barang basah di dalam bonet.
Barang Basah Sebabkan Kereta Bau Hapak dan Hanyir
Selain itu, ramai juga yang suka singgah sekejap ke kedai lain selepas membeli barang basah tanpa sedar bahawa suhu panas di dalam kereta boleh mempercepatkan bau busuk.
Kalau barang basah dibiarkan berjam-jam di dalam kereta, air ikan atau daging akan meleleh perlahan-lahan dan meresap ke celah-celah bonet atau pelapik kerusi.
Jadi, sebaiknya jadikan membeli barang basah sebagai destinasi terakhir sebelum pulang ke rumah.
Jika terpaksa berhenti juga, pilihlah tempat letak kereta yang berbumbung atau redup supaya suhu dalam kereta tidak terlalu panas.
Lagi cepat barang basah sampai ke peti ais rumah, lagi kecil risiko kereta anda berbau seperti pasar malam bergerak.
BACA : 5 Petua Cuci, Bersih Barang Kemas Kusam Guna Bahan Dapur
3. Gunakan soda bikarbonat untuk serap bau
Kalau sudah terlepas dan tragedi air ikan tertumpah, jangan panik. Soda bikarbonat adalah penyelamat yang paling mudah dan murah.
Caranya ialah taburkan sedikit soda bikarbonat pada kawasan yang terkena air atau kesan basah. Biarkan beberapa jam atau semalaman supaya serbuk ini menyerap lembapan dan bau hanyir yang melekat. Selepas itu, vakum atau lap bersih.
Bagi bau degil, ulang beberapa kali sehingga benar-benar hilang. Ramai yang tak sangka soda bikarbonat yang biasanya kita guna untuk membakar kek ini sebenarnya agen penyerapan bau semula jadi yang sangat berkesan.
Selain soda bikarbonat, bahan lain yang boleh anda cuba ialah arang atau uncang kopi. Arang memang terkenal sejak dulu sebagai penyerap bau semula jadi.
Letakkan beberapa ketul arang di dalam bonet, bawah kerusi atau di ruang kaki penumpang. Biarkan semalaman atau beberapa hari dan anda akan perasan bau busuk semakin berkurang.
Begitu juga dengan kopi. Uncang kopi atau serbuk kopi yang dibungkus kain kecil boleh bertindak sebagai penyelamat kecemasan.
Aroma kopi yang kuat mampu menenggelamkan bau hanyir yang tidak menyenangkan sambil memberikan suasana dalam kereta yang lebih segar.
5. Bersihkan karpet dan alas bonet secara berkala
Kadangkala kita hanya fokus pada barang basah yang nampak tetapi lupa bahawa air tumpahan boleh meresap ke karpet kereta atau alas bonet tanpa disedari.
Bau busuk paling degil selalunya bersembunyi di kawasan ini. Jadi, rajinkan diri vakum dan cuci karpet kereta dengan sabun suam atau pencuci fabrik khas.
Jika perlu, jemur di bawah matahari supaya betul-betul kering. Kalau bau masih degil walaupun sudah disental, pertimbangkan untuk hantar kereta ke pusat cucian profesional yang menawarkan servis pembersihan dalaman (detailing).
Lebih baik keluar sedikit kos daripada terpaksa memandu dengan hidung yang terseksa dengan bau busuk setiap hari.
Ramai hanya sangka pewangi kereta berfungsi untuk menutup bau busuk. Sebenarnya, pewangi biasa hanya menyalut bau dan bukannya menghilangkan punca bau.
Sebaiknya, pilih pewangi kereta jenis penyerap bau yang mengandungi karbon aktif atau ionizer mini. Bahan ini mampu menarik partikel bau busuk dari udara dan meneutralkan ruang dalaman kereta.
Letakkan pewangi ini di tempat strategik seperti bawah kerusi atau di bahagian belakang kereta. Bau hanyir pun hilang, udara dalam kereta kekal segar.
Barulah rasa seronok memandu dan tak lagi risau tetamu tercium bau pelik bila tumpang kereta.
Pendek kata, masalah bau busuk dalam kereta boleh dielakkan kalau kita rajin ambil langkah pencegahan. Barang basah memang musuh utama kalau tidak diuruskan dengan teliti.
Jadi, bungkus kemas, bawa pulang cepat, bersihkan segera jika tumpah, dan jangan segan guna bahan penyerap bau semula jadi.
Dengan tip ini, anda bukan sahaja dapat kereta yang sentiasa segar dan tidak ada bau hapak, malah hati pun rasa lega setiap kali membuka pintu kereta.
Sumber :
easternhoretoyota,
carro.co