Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
tip interview kesilapan dalam resume
Gambar Hiasan
Tiada Kategori

Tip Interview: 3 Kesilapan Terbesar Dalam Resume Calon Temu Duga

Hannah

Tip Interview: 3 Kesilapan Terbesar Dalam Resume Calon Temu Duga

Dalam dunia kerjaya yang semakin kompetitif, resume bukan sekadar kertas biodata. Ia umpama “first impression” yang bakal menentukan sama ada anda dipanggil temu duga atau tidak.

Namun sayangnya, ramai calon melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan peluang mereka, tanpa mereka sedari.

Berikut ialah tiga kesilapan terbesar yang sering berlaku dalam penulisan resume. Turut disertakan panduan untuk membetulkannya agar anda lebih menonjol di mata majikan.

1. Hanya menyenaraikan tugas harian, tanpa ‘impak’ kepada syarikat

Ramai calon hanya menggunakan resume mereka untuk menyenaraikan tugas-tugas yang dilakukan setiap hari dalam pekerjaan terdahulu.

Contohnya, “Mengurus akaun media sosial syarikat” atau “Membuat laporan jualan bulanan”. Walhal, tugas-tugas ini mungkin juga disenaraikan oleh beratus calon lain yang memohon jawatan sama.

Cara betulkan: Tonjolkan pencapaian dan impak anda

Daripada hanya memberitahu APA yang anda lakukan, beritahu juga BAGAIMANA anda melakukannya dengan cemerlang dan APA HASILNYA. Contohnya:

  • “Meningkatkan jumlah pengikut Instagram syarikat sebanyak 60 peratus dalam masa 3 bulan menerusi kempen kreatif dan konsisten.”

  • “Berjaya menutup jualan bernilai RM250,000 dalam suku tahun pertama 2024, melebihi sasaran sebanyak 40 peratus.”

Jika kerja anda tidak berkaitan dengan angka secara langsung, gunakan pendekatan berikut:

  • Tanya diri sendiri: Bagaimana prestasi kerja saya diukur? Adakah melalui kualiti, ketepatan masa atau jumlah tugasan yang disiapkan?

  • Gunakan impak organisasi: Contohnya, “Menulis 30 artikel SEO yang membantu laman web syarikat mencapai jumlah trafik tertinggi pada bulan Ramadan.”

  • Gunakan naratif kualitatif: “Diiktiraf sebagai pemimpin pasukan yang berpengaruh dan pembawa budaya positif dalam organisasi.”

2. Resume tidak sesuaikan dengan jawatan yang dipohon

Satu lagi kesilapan besar ialah menggunakan resume yang sama untuk semua permohonan.

Cara betulkan: Selarikan resume dengan iklan jawatan

Baca dengan teliti deskripsi jawatan yang ditawarkan dan kenal pasti kata kunci penting seperti “pengurusan projek”, “pengalaman menggunakan SEO”, “analisis data”, dan sebagainya.

Pastikan semua kemahiran dan pengalaman penting ini disebut dengan jelas dalam resume anda.

Anda juga boleh:

  • Gunakan versi asas berbeza untuk setiap bidang kerjaya yang anda minati (contohnya satu untuk pemasaran, satu lagi untuk penulisan kandungan), dan kemudian ubah sedikit mengikut keperluan setiap permohonan.

  • Gunakan bantuan teknologi AI seperti ChatGPT atau platform penulisan resume untuk membantu menyelaraskan resume anda dengan keperluan jawatan.

3. Resume terlalu panjang, sarat dengan maklumat yang tidak perlu

Ada calon yang terlalu ghairah meletakkan segala pengalaman sejak zaman praktikal, walaupun ia sudah tidak relevan lagi. Ada pula yang menghasilkan resume sehingga empat muka surat.

Cara betulkan: Fokus pada yang penting dan masih relevan sahaja

Resume yang efektif bukanlah yang paling panjang, tetapi yang paling padat dan relevan. Antara tip penting:

  • Hadkan resume kepada satu muka surat jika anda memiliki kurang daripada lima tahun pengalaman kerja.

  • Dua muka surat sudah memadai jika anda sudah berpengalaman lebih lima tahun.

  • Tumpukan pada 5–10 tahun terakhir, terutama pengalaman yang berkait rapat dengan jawatan yang dipohon.

  • Singkirkan pengalaman awal kerjaya jika ia tidak lagi relevan dengan hala tuju semasa.

Resume anda adalah tiket pertama ke dunia kerjaya yang anda impikan. Jangan biarkan kesilapan kecil ini merugikan peluang anda.

Semoga bermanfaat.

BACA: 2 “Red Flags” Calon Dalam Sesi Temu Duga

BACA: 2 Soalan Ini Lebih Penting Berbanding Resume Semasa Interview Kerja – CEO Indeed

BACA: Ini 3 Tip Penting Runding Gaji Semasa Temu Duga

Sumber: CNBC