Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Tiada Kategori

Tips Jimat Naik Semua “Public Transport” Seharian Cuma RM6, Boleh Jalan-Jalan Satu KL

Siti Sakinah

Korang mesti teringin nak jalan-jalan KL, tapi risau soal pengangkutan dan kewangan? Takkan nak jalan-jalan satu tempat je? Korang mesti nak singgah banyak tempat yang menarik.

Kalau naik grab untuk singgah satu tempat ke satu tempat, banyak pula perlu keluarkan duit hanya pada pengangkutan. Belum lagi duit untuk makan, beli cenderamata dan aktiviti yang menarik.

Korang tahu tak, hanya dengan RM6 korang boleh jalan-jalan pusing satu Kuala Lumpur (KL)?

Pas MyCity adalah pas perjalanan tanpa had untuk semua perkhidmatan di bawah kendalian Rapid KL seperti MRT, LRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas perantaraan MRT di Lembah Klang. Korang boleh dapatkan Pas MyCity di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di semua stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT.

Kredit: @MyRapidshop

Cara untuk mendapatkan Pas MyCity

Warganegara Malaysia

  • Bawa MyKad atau kad Touch n Go di mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, atau hab bas terpilih.

  • Tunjukkan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan bertugas untuk pengesahan.

Kredit: @kurtious via TikTok
  • Setelah disahkan oleh Pegawai Khidmat Pelanggan, sila lampirkan kad Touch ‘n Go atau MyKad untuk pengaktifan Pas MyCity.

  • Pastikan baki minima RM5 sentiasa mencukupi di dalam MyKad atau korang perlu tambah nilai untuk menikmati perkhidmatan Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas perantara MRT.

Bukan Warganegara Malaysia

  • Bawa kad Touch ‘n Go di mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, atau hab bas terpilih untuk pembelian dan pengaktifan Pas MyCity.

  • Pastikan baki minima RM5 sentiasa mencukupi di dalam MyKad atau korang perlu tambah nilai untuk menikmati perkhidmatan Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas perantara MRT.

Kredit: @greenzone139 via TikTok

Jenis Pas

Pas 1 Hari MyCity

  • Harga: RM6

  • Tempoh Sah: 1 Hari

  • Minimum baki nilai dompet: RM5

  • Pembelian kali pertama: RM15 termasuk nilai dompet RM5 dalam kad Touch N ‘Go dengan harga kad RM5

Pas 3 Hari MyCity

  • Harga: RM15

  • Tempoh Sah: 3 Hari

  • Minimum baki nilai dompet: RM5

  • Pembelian kali pertama: RM15 termasuk nilai dompet RM5 dalam kad Touch N ‘Go dengan harga kad RM5

Peta Perjalanan

Sumber: MyRapid