Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

TM, NCT Group Bekerjasama Sediakan Taman Perindustrian Pintar

Syamimi

TM, NCT Group Bekerjasama Sediakan Taman Perindustrian Pintar

Telekom Malaysia (TM), menerusi cabang penyelesaian perusahaan dan kerajaannya, TM One, dan Kumpulan Syarikat NCT (Kumpulan NCT), menerusi anak syarikat milik penuhnya NCT AI Sdn Bhd, telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) untuk memperluas penyelesaian taman perindustrian pintar ke seluruh negara.

Sebagai lanjutan kepada perjanjian yang dimeterai pada 2022 untuk NCT Smart Industrial Park (NSIP) di Selangor, kerjasama yang diperluas ini bakal menyaksikan TM bukan sahaja menyediakan rangkaian berkelajuan tinggi,, tetapi juga penyelesaian pintar, awan dan perkhidmatan ICT untuk memodenkan operasi NCT dan menambah baik pengalaman pelanggan menerusi pembangunannya yang lebih luas, termasuk NCT Innosphere dalam Zon Ekonomi Sempadan Khas Delapan di Kedah dan ibu pejabat korporat Kumpulan.

NCT dan TM juga akan bersama-sama membangunkan strategi ke pasaran untuk mengetengahkan Taman Perindustrian Pintar NCT sebagai hab pelaburan sedia untuk masa depan, yang mampu menarik industri global dan tempatan, dan mereplikasi model tersebut di seluruh Malaysia untuk memacu pertumbuhan ekonomi serta menggalakkan kelestarian dan penggunaan digital.

Memorandum Persefahaman (MoC) telah dimeterai di Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 antara Simon Chan, Pengurus Besar Jualan & Pemasaran Kumpulan NCT dan Megawati Norhashim, Naib Presiden Perniagaan Enterprise TM One, serta disaksikan oleh Dato’ Sri Yap Ngan Choy, Pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan NCT, Ahli Lembaga Pengarah TM Datuk Bazlan Osman dan Dr. Tunku Alina Raja Muhd Alias, bersama Amar Huzaimi Md Deris, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM.

Amar Huzaimi Md Deris berkata, “Kerjasama ini mencerminkan peranan TM bukan sahaja sebagai penyedia rangkaian, tetapi juga sebagai nadi penggerak ekosistem perindustrian pintar. Menerusi Vision AI, Pusat Operasi Cerdas, sistem pengurusan bangunan cerdas dan penyelesaian pintar lain, kami memacu Taman-Taman Perindustrian Pintar NCT menjadi hab bersepadu penuh yang sedia untuk masa depan demi manfaat syarikat-syarikat perniagaan dan komuniti. Inilah cara kami mencapai aspirasi menjadi Kuasa Digital menjelang 2030, dengan mencipta platform yang menerajui pendigitalan, kelestarian dan pertumbuhan perindustrian Malaysia.”

Dato’ Sri Yap Ngan Choy berkata, “Usaha sama sulung kami dengan TM menetapkan hala tuju jelas untuk mencorakkan semula persekitaran taman perindustrian Malaysia, dengan matlamat mencipta model negara bagi pertumbuhan perindustrian yang pintar, lestari dan berpandukan digital. Hasilnya, NSIP pada hari ini bersedia untuk menjadi hab serantau kompetitif bagi industri bernilai tinggi, perusahaan berpandukan inovasi dan para pelabur global yang sejajar dengan Rangka Kerja Bandaraya Pintar Malaysia. Menerusi kerjasama baharu ini, kami bertekad untuk menggiatkan kemajuan yang dicapai setakat ini dan meluaskan secara strategik kejayaan model tersebut. Usaha ini sesungguhnya mencerminkan komitmen kami untuk menyokong transformasi digital Malaysia, sambil beralih kepada ekonomi rendah karbon.”

Mengenai NSIP

NSIP buat masa ini dilengkapi dengan kemudahan sambungan gentian berkelajuan tinggi, liputan 5G awam, rangkaian sedia IoT, dan ekosistem keselamatan berpandukan AI dengan kamera panorama, pengecaman nombor plat, pengimejan haba dan pemantauan lalu lintas masa sebenar. Dilengkapi dengan lampu jalan pintar bersepadu, pengurusan lalu lintas, sensor alam sekitar dan Pusat Operasi Pintar (IOC) berpusat, di samping kilang-kilang yang menggunakan tenaga solar dan teknologi hijau, NSIP kini merupakan salah satu pusat perindustrian paling canggih dan lestari di Malaysia.

Terletak di Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS), NSIP mentakrifkan semula kecemerlangan perindustrian. Dengan tumpuan terhadap teknologi pintar dan penyelesaian hijau, NCT Group dan TM komited kepada kerjasama ini yang bakal menetapkan piawaian baharu untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi negara.