Tourism Malaysia dan Spritzer kembali dengan edisi ketiga kempen Air Love Cuti-Cuti: Jom Makan-Makan, yang mengajak rakyat Malaysia meneroka destinasi dalam negara melalui makanan tempatan.
Menerusi kerjasama itu, Spritzer bertindak sebagai Rakan Hidrasi Rasmi, dengan makanan dijadikan titik permulaan untuk rakyat mengenali budaya, tempat dan pengalaman baharu di seluruh Malaysia.
Menariknya, kempen kali ini turut menampilkan platform eatlocal.my, yang membolehkan pengguna memilih makanan kegemaran melalui konsep swipe.
Pengguna boleh memilih daripada lebih 100 hidangan tempatan, termasuk nasi lemak, nasi ayam, karipap dan apam balik. Selepas memilih hidangan, platform akan mencadangkan lokasi yang menyajikan makanan tersebut dalam radius 15 kilometer.

Buat masa ini, platform itu meliputi tujuh destinasi iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Perak, Melaka dan Sabah, dengan lebih banyak negeri bakal ditambah pada masa akan datang.

Pengguna juga boleh membuat check-in di lokasi terpilih untuk mengumpul mata yang boleh ditebus dengan ganjaran berkaitan pelancongan, makanan dan gaya hidup. Mereka turut berpeluang menyertai cabutan bertuah bulanan untuk memenangi tiket penerbangan ke Langkawi.
Kempen yang berlangsung sepanjang 2026 itu turut merangkumi roadshow, kandungan pelancongan berkaitan makanan tempatan, tote bag edisi terhad hasil kolaborasi bersama artis tempatan Bingka serta barangan koleksi termasuk plushie beruang matahari.
Inisiatif ini turut menyokong usaha memperkukuh pelancongan domestik, terutama selepas Malaysia merekodkan 74.7 juta pelawat domestik pada suku pertama 2026, meningkat 7.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Nak tahu makan apa sambil cari destinasi baharu? Pengguna boleh mula ‘swipe’ hidangan pilihan di eatlocal.my.
