Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TPM Fadillah Akan Jalani Pembedahan Jantung

FADILLAH
Kredit: Bernama

TPM Fadillah Akan Jalani Pembedahan Jantung

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat selepas disarankan berbuat demikian oleh pasukan pakar perubatan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbarnya, Datuk Misiah Taib yang berkata keadaan Fadillah ketika ini dilaporkan stabil.

Menurut beliau, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dinasihatkan supaya berehat sepenuhnya bagi memastikan proses rawatan dan pemulihan berjalan lancar.

"Beliau dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya serta tidak digalakkan menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan serta pemulihan berjalan dengan lancar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Misiah memohon orang ramai agar mendoakan supaya urusan pembedahan dan rawatan Fadillah dipermudahkan serta dikurniakan kesembuhan.

Beliau berkata, pihak keluarga turut berharap agar Fadillah dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa selepas selesai menjalani rawatan.

"Ahli keluarga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan serta keprihatinan yang diberikan," ujarnya.

Intipati
  • Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN dalam masa terdekat.
  • Setiausaha akhbarnya berkata keadaan Fadillah stabil dan beliau dinasihatkan berehat sepenuhnya.
  • Keluarga memohon doa orang ramai serta menghargai sokongan dan keprihatinan semua pihak.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan