Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trafik Sesak 9 Kilometer, Kemalangan Di KM251.9 Arah Utara Dari Terowong Ke Kuala Kangsar

Aliran trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan sesak berikutan kemalangan di kilometer 251.9 arah utara dari Terowong ke Kuala Kangsar.

Menerusi perkongsian daripada Plus Trafik memaklumkan bahawa kemalangan terbabit telah menghalang laluan kiri menyebabkan trafik perlahan.

Status terkini, lorong kiri masih terhalang menyebabkan sesak 9 kilometer.

Bagaimanapun, pengguna lebuhraya PLUS dinasihatkan untuk berhati-hati dan pandu dengan cermat apabila melalui kawasan tersebut.

Sumber: Plusline