Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tragis, Wanita Tergamak Biar Anak Sendiri Dirogol & Dibunuh Gara-Gara Dadah

Syed Faisal Sayed Muhammad
biar anak dirogol
Kredit Newsflash

Tragis, Wanita Tergamak Biar Anak Sendiri Dirogol & Dibunuh Gara-Gara Dadah

Rakaman mengerikan berjaya merakam detik seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dibawa lari sebelum dirogol dan dibunuh selepas dijual oleh ibu kandungnya demi dadah.

Ibu mangsa didakwa membenarkan pengedar dadah tersebut mengambil anak perempuannya sebagai balasan untuk PYG 100,000 sejenis kokain.

Kes yang mengejutkan itu telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan di Pedro Juan Caballero, Paraguay selepas mayatnya ditemui dalam keadaan sadis pada 22 April lalu.

Mayat mangsa itu ditemui dalam keadaan dibaluti baju di atas katil di sebuah rumah terbiar.

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa telah dibawa pergi dari rumahnya oleh pengedar dadah yang menukarkannya demi 30 keping kokain.

Kredit Newsflash

Suspek dilihat membawa mangsa dengan menggunakan sebelah lengan sahaja.

Sementara lengan yang sebelah lagi dilihat menampar mangsa yang meronta sewaktu dalam perjalanan menuruni jalan yang rosak.

Penduduk tempatan yang berang dilaporkan cuba membunuh ibu mangsa, 42, ketika dia ditahan selepas didakwa mengaku kepada polis.

Ibu mangsa pada awalnya memberitahu polis bahawa mangsa telah menghilangkan diri ketika dia sedang tidur.

Ibu mangsa akhirnya mengakui pertukaran itu selepas polis menemui rakaman CCTV berkenaan.

Menurut media tempatan, pengedar yang juga teman lelaki wanita berkenaan mengaku telah melakukan pembunuhan itu.

Mangsa juga diserang secara seksual oleh suspek

Hasil bedah siasat juga mendedahkan bahawa mangsa juga telah diserang secara seksual oleh suspek berkenaan.

Ibu mangsa dan teman lelakinya telah ditahan, bersama seorang remaja berusia 17 tahun yang didakwa turut dikaitkan dengan jenayah itu.

Menurut laporan polis, wanita itu didakwa berada di bawah pengaruh dadah dan tidak kisah berkenaan anaknya ketika polis mencari mangsa berkenaan.

Lebih 300 orang penduduk tempatan menghadiri pengebumian kanak-kanak itu dan beberapa orang jiran kemudiannya membakar rumah tempat mayatnya ditemui.

Penyiasat turut mendedahkan bahawa keluarga itu mempunyai “sejarah tragedi”.

BACA: Lelaki Mengaku Bersalah 32 Pertuduhan Termasuk Rogol Anak Tiri Sejak Tiga Tahun Lalu

Wanita itu dipercayai mempunyai tujuh orang anak, termasuk seorang gadis berusia 12 tahun yang didakwa menjadi mangsa seksual oleh seorang lelaki berusia 30 tahun.

Kedua-dua kes itu kini dalam siasatan polis.

Sumber: Mirror