Utama

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Penyedia perkhidmatan perjalanan dan pelancongan global Trip.com Group dan GL Play, cabang riadah dan hospitaliti bagi syarikat pemaju hartanah terkemuka Gamuda Land, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penting pada hari ini untuk mengeratkan lagi kerjasama strategik mereka.
Kerjasama ini dimulakan dengan matlamat bersama untuk meningkatkan permintaan pelancong dan menambah baik pengalaman pengunjung ke taman-taman tema terkemuka di Malaysia.
Kerjasama yang diperluas ini akan menggabungkan capaian global dan serantau, ekosistem perjalanan digital dan keupayaan pemasaran berpandukan data global Trip.com Group dengan portfolio pemenang anugerah destinasi riadah GL Play.
Kerjasama ini juga bertujuan meningkatkan profil daya tarikan tersebut dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa, khususnya di seluruh pasaran Asia dengan tumpuan diberikan pada daya tarikan utama di bawah GL Play yang termasuk Taman Tema Air SplashMania, Paya Indah Discovery Wetlands, Discovery Park, dan FunPark.

Dalam pada itu, Trip.com Group dan GL Play bekerjasama erat untuk menambah baik pengalaman pelanggan dari mula hingga akhir di taman-taman tema ini dengan menawarkan sokongan berbilang bahasa dan pelbagai pilihan pembayaran.
Pakatan ini memastikan kemudahan dan kelancaran segala urusan pengunjung yang bermula daripada pembelian tiket kepada perjalanan masuk ke taman dengan memanfaatkan kios tiket layan diri Trip.com yang disediakan di pintu masuk taman.
Inisiatif yang dirancang rapi termasuk penambahbaikan kemudahan kios untuk menawarkan pilihan tiket baharu seperti laluan keutamaan untuk tarikan dan permainan tertentu, membolehkan pengunjung memaksimumkan masa dan keseronokan mereka di taman tema.
Untuk menyokong segala usaha ini, MoU tersebut juga membuka ruang bagi mewujudkan penggabungan sistem lebih kukuh antara Trip.com Group dan GL Play.
Usaha ini merupakan pengintegrasian secara langsung sulung GL Play dengan agensi pelancongan dalam talian (OTA), menyediakan khidmat penjualan tiket yang lebih lancar, tawaran produk pelbagai dan kemudahan tempahan yang lebih baik bagi pelancong.

En. Chase Liu, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Daya Tarikan & Pelancongan Antarabangsa, Trip.com Group, berkata, “Peningkatan tumpuan pada tempat tarikan memainkan peranan apabila pelancong merancang perjalanan mereka, manakala permintaan bagi pengalaman hiburan yang mengasyikkan terus bertambah."
"Berpandukan data kami, taman-taman tema menjadi tarikan utama yang ditempah oleh pelancong di seluruh dunia bagi suku pertama 2026. Menerusi kerjasama dengan GL Play, kami teruja untuk memudahkan pelancong di seluruh Asia dan sekitarnya untuk merancang, meneroka dan menikmati beberapa tarikan paling unik Malaysia.”
Cik Liong Ve Lyn, Pengurus Besar Kanan, Riadah & Hospitaliti, Gamuda Land, berkata, “Kerjasama yang diperkukuh ini membolehkan kami menawarkan pengalaman yang lebih cekap, inovatif dan diperkemas kepada pengunjung kami."
"Menerusi kerjasama erat dengan Trip.com Group, kami memberikan tumpuan untuk menarik lebih ramai tetamu tempatan dan antarabangsa ke taman-taman tema kami, sambil terus memantapkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi riadah bertaraf dunia.”

Memandangkan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Selangor 2026 kini sudah membuka tirainya, kerjasama ini sejajar dengan cita-cita negara dan juga negeri Selangor dalam meningkatkan ketibaan pelancong serta mengetengahkan pelbagai tawaran dan tarikan pelancongan di pentas dunia.
Dengan tarikan terkenal GL Play sebagai pemacu pelancongan utama di dalam negeri, kerjasama ini menekankan komitmen bersama untuk mengangkat Selangor sebagai destinasi bertaraf dunia dalam kalangan pelawat antarabangsa.
Sempena dengan pakatan strategik yang diperluas ini, pelanggan yang membeli tiket menerusi kios layan diri Trip.com di SplashMania akan menikmati diskaun tambahan 10% di kedai cenderamata SplashMania, Maniacs Closet serta potongan 15% di FunPark, Paya Indah Discovery Wetlands dan Discovery Park. Promosi tempoh terhad ini akan diadakan sehingga 31 Disember 2026*.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, kunjungi trip.com atau glplay.com.my.
*Tertakluk pada Terma dan Syarat. Semua tawaran promosi tersedia mengikut dasar siapa cepat dia dapat, dalam tempoh yang ditetapkan, selagi stok masih ada.