Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Dakwa Iran Setuju Serah Uranium Diperkaya

Trump Dakwa Iran Setuju
Kredit: AFP

Trump Dakwa Iran Setuju Serah Uranium Diperkaya

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa bahawa Iran telah bersetuju untuk menyerahkan simpanan uranium diperkaya milik mereka, lapor AFP.

Tambah Trump, kedua-dua pihak kini hampir mencapai perjanjian damai bagi menamatkan perang yang melanda Timur Tengah itu.

"Mereka telah bersetuju untuk memulangkan 'habuk nuklear' kepada kita," katanya, merujuk kepada istilah yang digunakannya bagi simpanan uranium diperkaya yang menurut AS boleh digunakan untuk membina senjata nuklear.

Amerika Syarikat sebelum ini mengancam untuk menyambung semula serangan udara ke atas republik Islam itu dan mengekalkan sekatan maritim terhadap pelabuhannya jika Tehran enggan menerima perjanjian bagi menyelesaikan konflik yang meletus pada 28 Februari lalu.

Dalam perkembangan lain, Trump turut mengumumkan bahawa Israel dan Lubnan telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 hari bermula Khamis.

Beliau menjangkakan pemimpin kedua-dua negara akan hadir ke Rumah Putih dalam tempoh empat atau lima hari.

Walau bagaimanapun, kumpulan Hizbullah belum mengesahkan sama ada ia mengiktiraf gencatan senjata tersebut, meskipun Ahli Parlimen Hizbullah, Ibrahim al-Moussawi memaklumkan pihaknya akan menghormatinya jika serangan Israel dihentikan.

Perdana Menteri Lubnan dan Israel menyambut baik gencatan senjata, yang dicapai beberapa hari selepas AS dan Iran bersetuju dengan gencatan senjata berasingan ketika Pakistan meneruskan usaha diplomatik untuk mengatur pusingan baharu rundingan antara musuh ketat, Washington dan Tehran.