Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa letupan besar yang berlaku di pusat bandar Beirut berkemungkinan adalah angkara serangan bom, lapor Fox News.
“Saya telah berjumpa dengan seorang jeneral tertinggi dan mereka berasakan letupan ini bukan berpunca daripada gudang tersebut.
“Mereka rasa ia adalah satu serangan. Ia (gudang) mungkin dibom,” katanya, memetik laporan Fox News.
Walaupun Trump menyatakan punca sebenar letupan masih belum dikenal pasti, namun laporan-laporan awal mengatakan ia berpunca daripada kebakaran di gudang tersebut.
Letupan tersebut telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pelabuhan bandar di situ, selain turut menghancurkan bangunan-bangunan di sekeliling serta mengorbankan kira-kira lebih 70 nyawa dan mencederakan hampir 4,000 orang awam.
Sumber: Fox News