Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Dedah Ada Senarai Pendek 3 Nama Berpotensi Pimpin Iran

Trump nama pimpin iran
Gambar: AFP PHOTO / THE WHITE HOUSE

Trump Dedah Ada Senarai Pendek 3 Nama Berpotensi Pimpin Iran

Donald Trump mendedahkan sudah memiliki senarai pendek tiga nama yang berpotensi memimpin Iran di masa depan, selepas melancarkan serangan ketenteraan yang bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan semasa negara tersebut.

Bercakap kepada The New York Times, Presiden Amerika Syarikat itu berkata beliau mempunyai “tiga pilihan yang sangat baik” mengenai siapa yang bakal menerajui Iran.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan siapa tiga individu yang dimaksudkan tersebut.

“Saya tidak akan mendedahkan nama-nama tersebut sekarang. Mari kita selesaikan tugas ini terlebih dahulu,” katanya.

Berita lanjut menyusul

Sumber:AFP