Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Trump Umum Tarif 25% Ke Atas Negara Yang Berdagang Dengan Iran
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Isnin mengumumkan tarif 25 peratus ke atas mana-mana negara yang menjalinkan urusan perdagangan dengan Iran.
Memetik AFP, pengumuman itu sekali gus meningkatkan tekanan ke atas Tehran susulan tindakan kerasnya terhadap gelombang protes.
Trump memaklumkan mengenai tarif tersebut di Truth Social miliknya.
“Berkuat kuasa serta-merta, mana-mana negara yang menjalankan urusan perniagaan dengan Republik Islam Iran akan dikenakan tarif 25% ke atas sebarang dan semua urusan perniagaan dengan Amerika Syarikat. Perintah ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan,” katanya.
Menurut pangkalan data ekonomi, Trading Economics, rakan dagang utama Iran ialah China, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu dan Iraq.
Pengumuman tarif itu dibuat ketika Trump mempertimbangkan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Iran susulan protes. Kumpulan hak asasi manusia telah melaporkan jumlah kematian yang semakin meningkat.
“Serangan udara akan menjadi salah satu daripada banyak pilihan yang ada di atas meja,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt awal Isnin.
Namun beliau berkata Iran juga mempunyai saluran diplomatik yang terbuka kepada utusan khas Trump, Steve Witkoff.
Malah, ujarnya Iran menunjukkan ‘nada yang jauh berbeza’ dalam perbincangan secara tertutup berbanding kenyataan awamnya.
Sumber: AFP