Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Trump tubuh Lembaga Keamanan Gaza
Gambar: AFP

Trump Umum Tubuh Lembaga Keamanan Untuk Gaza

Iqbal Yasir

Trump Umum Tubuh Lembaga Keamanan Untuk Gaza

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pada penubuhan sebuah Lembaga Keamanan di Semenanjung Gaza (Board Of Peace Gaza), lapor Anadolu Agency.

“Adalah satu penghormatan besar bagi saya untuk mengumumkan bahawa Lembaga Keamanan telah ditubuhkan.

“Ahli-ahli Lembaga akan diumumkan tidak lama lagi, tetapi saya boleh katakan dengan pasti bahawa ini adalah Lembaga Terhebat dan Paling Berprestij yang pernah dibentuk pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,” tulis Trump di Truth Social.

Jurucakap AS, Steve Witkoff, mengumumkan pada hari Rabu bahawa fasa kedua perjanjian gencatan senjata telah dimulakan sebagai sebahagian daripada pelan 20 mata Trump untuk menamatkan perang di Gaza.

Dalam satu kenyataan berasingan, Trump berkata fasa seterusnya pelan beliau telah secara rasmi bermula.

“Sebagai Pengerusi Lembaga Keamanan, saya menyokong Kerajaan Teknokratik Palestin yang baru dilantik, iaitu Jawatankuasa Nasional bagi Pentadbiran Gaza, yang disokong oleh Wakil Tinggi Lembaga, untuk mentadbir Gaza sepanjang tempoh peralihan.

“Pemimpin Palestin ini berkomitmen sepenuhnya kepada masa depan yang DAMAI,” katanya.

Trump menambah bahawa satu perjanjian demilitarisasi menyeluruh dengan Hamas akan dicapai dengan sokongan Mesir, Turki, dan Qatar.

Senarai Ahli Board Of Peace Gaza

Sementara itu, Rumah Putih dalam satu kenyataan mengumumkan senarai ahli-ahli yang dilantik dalam Board Of Peace Gaza.

Trump sebagai pengerusi telah melantik Aryeh Lightstone dan Josh Gruenbaum sebagai penasihat kanan Lembaga Keamanan. Sementara Nickolay Mladenov, seorang ahli Lembaga Eksekutif, akan berkhidmat sebagai Wakil Tinggi Gaza.

“Leftenan Jeneral Jasper Jeffers ( Komander Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF)) dikuti ahli eksekutif yang terdiri daripada Steve Witkoff, Jared Kushner, Menteri Hakan Fidan, Ali Al-Thawadi, Jeneral Hassan Rashad, Sir Tony Blair, Marc Rowan, Menteri Reem Al-Hashimy, Nickolay Mladenov, Yakir Gabay, Sigrid Kaag, Setiausaha Marco Rubio, Sir Tony Blair, Marc Rowan, Ajay Banga dan Robert Gabriel.

AS dalam kenyataan itu berkata, pihaknya tetap komited sepenuhnya untuk menyokong rangka peralihan ini, bekerjasama rapat dengan Israel, negara-negara Arab utama, dan komuniti antarabangsa bagi mencapai objektif Pelan Komprehensif.

Sumber: Anadolu Agency, White House

BACA: Lelaki Indonesia Akui Cemburu ‘Hal-Hal’ Ini Di Malaysia